Amalan dan Doa Murah Rezeki
- Membaca surah Al-Waqiah setiap malam.
- Sabda Rasulullah SAW: Barang siap yang membaca Qulhuwallu ahad ketika masuk ke rumahnya, nescaya dihindarkankefakiran dari ahli rumahnya serta jirannya. (Daripada Jarir Bin Abdullah: Kanzu al 'Ummal, Mu'jam Al-Tabarani, daripada Ibn Mas'ud: Muj'ma al- Zawaid
Sabda Rasulullah SAW: " Wahai sekalian manusia, jadikanlah taqwa itu suatu perniagaan, nescaya rezeki akan datang kepada kamu tanpa modal dan niaga." Kemudian Baginda membaca ayat di atas.(Riwayat daripada Mu'azbin Jabal: Maj'ma al- Zawaid, Kanz al-Ummal)
Saidina Ali mengatakan kepada seseorang yang datang kepadanya: Aku mahu mengajar kamu kalimah yang Rasulullah telah ajarkan kepada ku. Jika kau menanggung segunung hutang tentu Allah akan menunaikannya. Bacalah: (Doa di atas)... (Riwayat daripada Ali: Sunan al-Tirmizi; dinilai Hasan Gharib)
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu
terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada
waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita
dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab
Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan
jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa
dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu
Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda
bersabda: “Apabila tiba waktu pada dan petang
bacalah: (Doa di atas). Kata
Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah
menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan
hutangku.” (Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-
Khudri).
Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA katanya: “Abu Bakar
datang kepadaku lalu berkata: Adakah engkau telah
mendengar daripada Rasulullah SAW sebuah doa
Baginda ajarkan kepada. Aku bertanya: Apakah doa
itu? Jawab beliau: Pada waktu dahulu, Isa Ibn Maryam
mengajar sahabat-sahabat baginda: Seandainya sesiapa
di kalangan kamu yang berhutang sejumlah emas satu
bukit lalu ia berdoa dengan doa ini nescaya Allah
tunaikan untuknya.” Kata Abu Bakar: “Aku telah
berdoa dengan doa tersebut lalu Allah memberikan aku
suatu ganjaran sehingga aku dapat melangsaikan
hutang aku.” Kata ‘Aisyah: Aku pernah menanggung
hutang lalu aku mengamalkan tersebut, tidak lama
kemudian Allah memberi rezeki kepadaku sehingga aku
dapat bersedekah dan mewariskan harta.” (Riwayat al-
Bazzar, al-Hakim dan al-Asbahani)
Sabda Nabi SAW: “Doa saudaraku Yunus amat
menakjubkan; permulaannya tahlil, pertengahannya
tasbih dan penghujungnya pengakuan melakukan dosa.
Sesiapa yang berdukacita, berada dalam kekusutan,
ditimpa kesusahan dan dibebani hutang pada suatu
hari, lalu ia membacanya sebanyak tiga kali, nescaya
dimakbulkan untuknya.”
Doa ini yang sering kali saya baca selepas solat. Kini, alhamdulilah, rezeki datang tanpa disangka. Saya sendiri tidak pernah terfikir akan jadi begini. :) Jauh terpesong dari apa yang saya pelajari. Tapi saya kini lebih tenang, lebih gembira, lebih banyak masa untuk DIA.
Moga2 amalan ini dapat diamalkan juga oleh sahabat2 yang lain. Ingat, jika ada rezeki lebih nnt, jangan lupa menunaikan tanggung jawab kita. Jangan lupa bagi kepada yang berhak- (Zakat, ayah ibu). Insya allah rezeki akan lebih diberkati dan melimpah ruah. Amin
PETUA MURAH REZEKI
Selain diatas, antara perkara yang perlu dilakukan ialah:
- Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat
- Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
- Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.
- Amalkan bersedekah kerana kita percaya, dalam rezeki kita ada terselit juga rezeki untuk insan lain. Insya allah rezeki yang dilaburkan akan bertambah dari nilai yang anda sedekahkan
Apa yang diajar untuk diamalkan selama 40 hari, tetapi saya mengamalkan sehingga hari ini. Alhamdulillah ianya sudah menjadi sebati dengan kehidupan saya. Seperti mana ALLAH memberikan rezeki untuk saya, insyaALLAH anda juga akan memperolehi faedah yang sama seperti saya. Teringat pesan pawang kepada saya. ALLAH itu maha kaya.
AYAT 1000 DINAR
|
|
Mafhumnya: Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu. Di antara khasiat dan fadhilat Ayat Seribu Dinar ini ialah: 1. Dibaca bila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara 2. Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah 3. Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan 4. Dan ketika dirasakan perlu Wassalam |