Pandangan FOREX...utusan malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0721&pub=utusan_malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_03.htm&arc=hiveKUALA

LUMPUR 20 Julai – Seorang bekas pengurus besar kanan Lembaga Tabung Haji memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau yakin urus niaga wang asing (forex) yang dijalankan oleh syarikat Metrowangsa Asset Management Sdn. Bhd. (Metrowangsa) tidak bercanggah dengan syariah kerana urus niaga itu turut dijalankan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).Mohamad Shafie berkata, beliau tahu BIMB turut menjalankan urus niaga forex kerana pernah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah BIMB mewakili Tabung Haji daripada tahun 1996 hingga 2002.Menurut beliau, BIMB yang menjalankan urusan perniagaan forex seperti dilakukan oleh lain-lain bank, tidak akan mengendalikan sesuatu perniagaan sekiranya ia adalah haram.Ini kerana, kata Mohamad, BIMB mempunyai jawatankuasa syariah yang akan menasihatkan bank itu sama ada sesuatu urus niaga adalah selaras dengan syariah atau sebaliknya.‘‘Setahu saya urus niaga forex ini telah diluluskan oleh jawatankuasa BIMB dan bank itu masih lagi menjalankan urus niaga forex sehingga hari ini,


USTAZ ZAHARUDIN
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0302&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive)

MEGA: Apakah hukum melabur dalam perdagangan mata wang asing (forex)?ZAHARUDDIN: Bagi menjawab soalan ini, kita perlu memahami dua jenis bentuk pelaburannya iaitu:
Melabur wang ringgit anda ke dalam satu syarikat yang memperolehi untung melalui forex.
Melantik satu platform atau syarikat untuk menjalankan jual beli wang asing dan simpan. Semua transaksi dijalankan oleh individu itu sendiri, syarikat hanya menyediakan platform dan mengambil upah perkhidmatan sahaja.
Pertama: Hukum bagi melabur dalam syarikat yang menjalankan forex:
Forex adalah suatu jenis perdagangan atau transaksi yang memperdagangkan mata wang suatu negara terhadap mata wang negara lainnya. Ia melibatkan pasar-pasar mata wang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan.
Benar, memang pertukaran mata wang adalah diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari hadis nabi yang sahih. Iaitu:-
Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai yadan bi yadin. Dalam bahasa Inggerisnya adalah on the spot basis.
Ia datang dalam banyak hadis. Antara yang paling utama adalah sabda Nabi SAW yang bermaksud: Emas dengan emas (ditukar atau diniagakan), perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus (pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai. (riwayat Muslim, no. hadis 4.039, 11/9)
Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata: Pertukaran antara perak dan emas adalah riba kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa). (riwayat Muslim, no. 1586, 3/1209)
Pembelian secara hutang dari salah satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis Rasulullah SAW melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang. (riwayat Al-Bukhari, no. 2070, 2/762)
Hadis-hadis tadi menyebut perihal disiplin Islam dalam pertukaran emas dan perak. Untuk informasi, ulama bersepakat bahawa mata wang (bank note) juga adalah sama disiplinnya dengan emas dan perak disebabkan nilai dan fungsinya sebagai medium of exchange.
Justeru setiap disiplin dan syarat transaksi yang melibatkan emas dan perak juga terpakai pada urusan transaksi mata wang.
Demikian keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan juga Majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah Pertubuhan Akauntan dan Pengauditan untuk Institusi Islam (AAOIFI).
Forex dalam mata wang yang diuruskan oleh syarikat konvensional sudah pasti tidak akan menjaga syarat ini. Sebabnya, kebanyakan forex di institusi konvensional adalah forward forex atau forex yang menggunakan value forward (nilai masa hadapan) yang tergolong dalam riba nasiah. Mereka juga kerap menggunakan SWAP, Options dan lain-lain instrumen yang tidak halal di sisi syariah.
Tidak saya nafikan, bahawa ada institusi kewangan Islam yang melakukan forex ini setelah dapat kelulusan Majlis Penasihat Syariah mereka. Namun semua mereka hanya terlibat dalam forex jenis spot dan bukannya jenis forward. Jika adapun jenis forward ia menggunakan konsep Al-Wa'd atau unilateral promise yang telah disepakati keharusannya.
Apa yang pasti, Majlis Syariah telah meletakkan beberapa syarat dan bukannya secara bebas begitu sahaja.
Justeru melabur modal (seseorang melabur dan menunggu untung sahaja) dan di dalam institusi kewangan konvensional yang memperolehi untung melalui cara forex adalah tidak halal di sisi Islam.
Ia adalah keputusan Panel Penasihat Syariah Dunia di bawah AAOIFI.
Kedua: Hukum perdagangan forex yang dijalankan sendiri.
Bagi mengetahui hukum bagi bentuk kedua ini, ia tertakluk kepada:
Kesahihan dan kewibawaan syarikat platform dari sudut lesennya dan pengenalannya. Ia diperlukan bagi mengelak anda ditipu oleh platform syarikat yang tidak sebenar.
Butiran terperinci berkenaan platform ini mestilah diteliti dan boleh diperolehi. Jika tidak, transaksi anda adalah syubhat dari awal lagi kerana ada unsur gharar.
Jika platform tersebut punyai wibawa dan lesen serta maklumat yang sangat mencukupi, perkara kedua adalah menilai akta-akta berkaitan aktiviti ini dari badan berwajib di Malaysia.
Ini perlu bagi memastikan anda tidak terlibat dengan aktiviti menyalahi undang-undang negara.
Jika yang kedua juga lulus, saya kira transaksi jual mata wang asing dan simpan dan kemudian jual semula apabila harga tukarannya naik adalah harus pada hukum asalnya apabila terdapat keperluan untuk menukarkan mata wang tersebut. Ini kerana ia secara automatiknya dilaksanakan menurut kaedah spot.
Cuba kita sama-sama memahami dan menyemak bagaimana proses ini dilakukan secara ringkas dan melihat perspektif hukum Islam tentangnya.
Walaupun berniaga sendiri forex dan memenuhi syarat ini dibenarkan, kebenaran itu adalah tatkala wujud keperluan sahaja. Namun apabila ia dijadikan sebagai sebuah pelaburan dan kemudian, cuba mendapatkan untung atas pertukaran nilai mata wang terbabit, ia telah berubah dari hukum harus kepada haram kerana wujudnya unsur perjudian dan spekulasi di situ.
Di samping isu-isu lain seperti gharar dan keterlibatan riba dalam leverage. Apa pun, yang pasti perniagaan forex trading wang kertas pelbagai negara untuk meraih untung atas perbezaaan nilai mata wang adalah haram.
Sebabnya, ia adalah judi dan penyebab mudarat kepada sistem ekonomi dunia dan penyumbang kepada inflasi serta ketidakstabilan nilai mata wang.


Dibawah ini pula SOAL JAWAB MENGENAI HUKUM HALAL HARAM SAHAM BSKL

(http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/8eaf8c1c0d2ce214482575320054a24b?OpenDocument)



Nama
:
.
Saiful Bahari bin Mohamed Nor.
E-Mel
:
shifumaster@gmail.com.
Kategori
:
SYARIAH




SUB KATEGORI
Muamalat - Jual Beli

Tarikh Hantar Soalan
:
02/01/2009 11:24 PM
Soalan
:
Assalammualaikum.
1.Apakah hukum membeli saham yang lulus syariah di BSKL secara online?
Jika ianya dihukum sebagai harus jualbeli saham secara online tersebut, bagaimana pula dengan syarat(rukun) jualbeli tersebut yang tidak dipenuihi iaitu tiada barangan yang berrpindah tangan semasa jualbeli?
Syarat akad jualbeli yang saya ambil dari penjelasan tuan kepada soalan lain disini.
i- penjual
ii- pembeli
iii- barangan
iv- sighah (ijab & qabul)

Wallahu a'lam..
Jawapan
:
Wa'alaikumussalam.
Jika saham BSKL yang dilakukan secara elektronik atau secara on-line itu telah diluluskan syara', umat Islam harus membelinya.. Namun demikian segala syarat jualbeli secara Islam perlu dipenuhi oleh semua pihak yang terlibat dalam urusan transaksi saham melakukan jual-beli atas kehendak sendiri dan bersih dari sebarang gharar (penipuan). Ini bermakna persoalan qabad (penyerahan hakmilik) secara fisikal tidak diperlukan dalam urusan jual-beli saham kerana ia melibatkan volume yang banyak dan tidak efisen jika dikendalikan secara fizikal dan manual.

Bagi menentukan halalnya operasi sesebuah syarikat yang disenaraikan di BSKL, ia boleh dirujuk kepada Indeks Rashid Hussin Bhd dan senarai yang dikeluarkan oleh Bank Islam Bhd. Selain daripada itu anda juga boleh merujuk kepada annual report syarikat tersebut atau merujuk kepada compilation syarikat-syarikat yang disenaraikan di papan utama dan kedua BSKL yang mendetailkan kesemua syarikat di BSKL termasuk maklumat tentang lembaga pengarah, aktiviti perniagaan dan senarai anak-anak syarikatnya.
.
Status
:
Selesai - Paparan Web.
. Nombor Rujukan
:
PANEL SJAI 120609
Tarikh Selesai
:
12/06/2009 03:57 PM




Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.


AKHIR KATA....ANDAI NILAI LAH SENDIRI. SAYA TELAH SEDIA KAN SEGALA INFO, SEMUANYA TERBENTANG DAN TAK ADA APA YANG TERSOROK 

Pertanyaan @ Pendaftaran Account: Info will be sent to my email

*
*
*
*
*
contact form faq verification image

Contact form powered by 123ContactForm