Memahami pattern pergerakan

Pembelajaran
1.Fahami konsep: FOREX dilakukan secara “currency berpasangan” iaitu kita kenali sebagai “pair” sebagai contoh GbpUsdEurUsdUsdCad dan lain lain lagi . Yang mana Currency berada didepan menunjukkan kekuatan dan kelemahan secara direct dan currency yang berada dibelakang menunjukkan kekuatan dan kelemahan yang bertentangan. Sebagai contoh: apabila pair UsdCad turun, bererti USD lemah dan CAD strong (atau boleh dikatakan USD lemah dari CAD atau CAD lebih strong dari USD). Contoh kedua GbpUsd, Apabila pair GbpUsd turun, bermakna Gbp lemah dari Usd atau Usd lebih kuat dari Gbp.


2. FOREX adalah trading 2 arah: ianya tidak sama dengan BSKL atau mana2 stock didunia kerana pergerakannya adalah searah iaitu anda hanya untung apabila menaik sahaja. Tetapi FOREX tidak begitu. Anda harus melakukan trading kadang2 kearah atas atau kadang2 kebawah. Trading yang searah dengan pergerakan grah adalah untung, yang berlawan dengan pergerakan grah adalah rugi. Malah ianya run 5 hari seminggu (24 jam sehari)- Isinin hingga jumaat.


3.Cara trading FOREX terbahagi kepada dua iaitu samada fundamental atau pun technical..
(3a). Orang yang melakukan trading cara fundamental kebiasaan nya mengikuti perkembangan semasa eknomi, news, social dan politik. News yang baik atau good economy, akan memberi kesan yang positif kepada currency / matawang Negara tersebut, maka menyebabkan currency Negara tersebut akan naik/kuat. Sebagai contoh kpd pair“GBPUSD”apabila news USD keluar dan result econominya baik kpd currency tersebut, maka matawang usd akan naik. Ini juga bermakna currency USD lebih kuat dari GbpUsd. Maka pair tersebut akan turun dengan banyaknya. Sebaliknya..Sebagai contoh kpd pair“USDCAD”apabila news USD keluar dan result econominya baik kpd currency tersebut, maka matawang usd akan naik. Bermakna pair tersebut akan naik dengan banyaknya


(3b). Orang yang melakukan trading secara technical pula banyak melakukan analisis samada cara pembacaan pergerakan graph, pembacaan pergerakan candle stick atau pembinaan garisan support dan resistance (Contohnya FIBO). Satu pesanan: anda perlu melakukan trading searah dengan trend semasa kerana ianya adalah kawan baik kepada keuntungan sesuatu trading. Jika anda melawan arah, anda risiko..


4: Jenis Chart terbahagi kepada 3 iaitu Line chart, Bar chart & Candlestick chart. Kebanyakan trader menggunakan candlestick, termasuk diri saya sendiri.
4a. Line chart
4b.Bar Chart




4c.CandleStick Chart
5: Pembelajaran tentang Candlestick detail
(5a).Japanese CandleStick. Candlestick perlu difahami dimana Open price, Close price, High price and Low price.
(5b). Sexy Bodies: Dengan kata lain Buy juga dikenali dengan word “long” dan Sell sebagai “short” . Body candle stick yang panjang akan menunjukkan kekuatan (BUY) atau kelemahan (SELL) yang besar manakala body yang kecil menunjukkan kekuatan dan kelemahan yang kecil.
(5c). Mysterious Shadow (Long Upper Shadow dan Long lower Shadow) memberi klu kepada anda sebenarnya tentang sesuatu kekuatan atau kelemahan pergerakan graph
5c. Basic CandleStick Pattern:
(5c1). Spinning Top
Mengenali pattern apabila anda menjumpai dimana Long Upper Shadow, Long Lower Shadow dan Body yang kecil.
Sekiranya terjadi spinning top pada arah menaik, memungkinkan bahawa sudah ramai buyer close trade dan kemungkinan reversal kearah sell mungkin terjadi. Begitu sebaliknya jika ia berlaku kearah menurun.
(5c2): Marubozu: adalah candlestick yang takder kaki ataupun takder upper shadow mahupun  lower shadow. Ianya menunjukkan kekuatan sebenar samada menaik atau menurun.
(5c3): Doji terjadi apabila price struggle melawan samada ingin terus naik atau turun. Keadaan nya terjadi apabila open price sama dengan close price. Doji terdapat jenis yang berbeza beza spt

Sekiranya Doji berlaku selepas beberapa candle with long hollow bodies, besar kemungkinan graph akan reversal.(akan menurun)
Sekiranya Doji berlaku selepas beberapa candle with long filled bodies, besar kemungkinan graph akan reversal (akan menaik)
6: Reversal pattern:
Bullish reversals akan memungkinkan downtrend dan bearish memungkinkan uptrend. Ianya boleh confirmkan dengan menggunakan beberapa kaedah seperti trend lines, moving averages, technical analysis spt FIBO
6a.Hammer and Hanging Man
The hammer and hanging man kelihatan hampir sama namun ianya memberi makna pergerakan yang berbeza. Anda perlu tentukan perbezaannya
Namun, jika anda lihat situasi hammer jangan gaduh nak taruh buy, tunggu next candle bagi signal. Pastikan close price next candle tu lebih tinggi dari open price hammer. Kalau tak jgn masuk. Untuk mengkompem kan lagi, anda perlu pastikan next candle tu.
  • The long shadow 2atau3 kali lebih besar dari body
  • Sikit atau takder lansung upper shadow.
  • Body berada disebelah atas tak kisah samada color apa pon.
Begitulah juga untuk kes hanging man sebaliknya.

6b.Inverted Hammer and Shooting Star

Kedua dua jenis pattern diatas member gambaran long upper shadow dan ianya member pattern reverse yang berbeza

Namun begitu, anda juga perlu tunggu next candle untuk komperm kannyer.

7. Support and Resistance


(7a).Support and resistance adalah yang paling meluas digunakan oleh trader. Contohnya seperti line chart dibawah, anda boleh kenali pattern zig zag yang terjadi adalah “bull market”. Garph didapati terus menaik tanpa melintasi support bawah yang bina terdahulu
Support and resistance juga boleh dibina untuk candle stick chart. Contohnya adalah seperti dibawah..dimana tempat terakhir yang dipijak kemudian “RELAX” dikenali resistance. Dimasa inilah anda perlu mengkaji pattern candle samada ada atau tidak unsur2 untuk berlakunya reversal. Sila perhatikan pembelajaran yang terdahulu tentang corak candle

Kebiasaannya Line chart lebih senang dalam pembinaan support dan resistance kerana ianya hanya menunjukkan open and close price sahaja. Pembinaan nya tidak memerlukan low price or high price

Konsepnya, apabila market price melepasi resistance level sebelumnya, maka resistance tersebut bertukar menjadi support. Ianya dapat dibuktikan apabila beberapa kali price cuba heat line tersebut

7b. Trend Lines

Trend lines juga merupakan satu pembinaan support dan resistance yang disukai oleh ramai trader. Cuma masalahnya ramai oraang melakukan nya dengan cara yang tidak betul. Boleh dikatakan teknik juga sebahagian teknikal analisis
(7c). Channel
Selain itu ramai juga trader yang menggunakan channel dimana pembinaan garis mengikut sudut/angle pergerakan graph. Ianya dibina berdasarkan titik poit teratasa dibahagian atas dan titik point paling bawah dibahagian bawah. Lihat contoh dibawah.


OK, sekarang ni masuk level ketiga pula…kira advance learning…tp masih banyak lagi yang lebih advance yang akan saya slot masuk

8. Fibonacci: adalah suatu pembinaan garis support dan resistance juga berdasarkan nilai dibawah. Sangat ramai trader yang menggunakan teknik fibo. Mereka menggunakan fibo untuk mencari reverse. Take profit dan juga mungkin stop loss. 

Fibonacci Retracement Levels
0.236, 0.382, 0.500, 0.618, 0.764
Fibonacci Extension Levels
0, 0.382, 0.618, 1.000, 1.382, 1.618

Terdapat 2 jenis fibo iaitu Fibonacci retracement dan juga Fibonacci Extension 

8a.Fibonacci Retracement adalah levels sebagai support and resistance levels. Disebabkan terlalu ramai yang menggunakannnya maka ianya boleh dikatakan SnR yang paling valid didunia. Pembinaannya, anda perlu buka graph D1 dan besarkan chart, so refer kpd pattern candle semalam atau kelmarin (jangan amik yang hari ini, kerana ia belum lagi tamat untuk sehari), sekiranya graph candle semalam menaik, maka anda bermula dari low price dan drag keatas candle kepada harga yang paling tinggi. Sebaliknya anda perlu lakukan yang sebaliknya jika graph menurun. Selepas selesai, sekali lagi anda ulangi pada graph W1 dengan penggunaan FIBO (ambil candle yang Week sebelumnya, kerana week yang terbaru belum habis lagi) yang sama tetapi color yang berlainan untuk bezakannya


(lihat video >>> http://www.babypips.com/school/videos/fibonacci-retracement.html )
Kebiasaannya 0.382 adalah level yang sangat kukuh, sekiranya candle dpt menembusi dan close dibawah point ini maka boleh dikatakan ianya akan terus turun. Namun jika didapati beberapa kali candle menghentam tak lepas, bermakna kemungkinan besar candle akan naik semula ke paras point yang baru

8b. Fibonacci Extension: Dengan menggunakan TF M30, anda bina Fibonacci extension dengan mencari dimana tempat reverse yang gagal ditempuhi sebagai benteng kedua. Sekiranya pattern menaik utk candle D1 semalam, maka ambil point paling bawah Lakar, drag cursol dari bawah keatas kemudian  sentuhkan kebenteng kedua (yang gagal ditempuh@ retracement swing low). Anda akan dapat nilai akan berada diatas sebagai pilihan TP yang anda perlu tuju.
Nak senang faham, jom tgk video lah

Note: pastikan anda menggunakan candle D1 dan W1 yang sehari atau seminggu sebelum. Jgn guna yang hari ini…jangan tersilap
www.nahnufx.blogspot.com
---------------------------------------------------


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan2 baru (newbie/ trader baru). Service ini khas saya sediakan untuk membantu saudara/i (newbie) yang langsung tak pernah tahu dan tak pernah kenal forex. Tujuan saya ikhlas dan tidak mengambil sebarang bayaran. (Free of Charge) Cuma cukup sekadar ucapan terima kasih dan doakan saya lebih berjaya. Walaubagaimana pun saudara/i perlulah booking masa dengan saya. Ada masa saya sibuk kerana saya juga melakukan trading sendiri. Selain itu, mungkin ada sesetangah slot masa telah di booking oleh rakan yang lain. So please check la jadual masa free yang dibawah

Saya akan ajarkan anda menerusi voice chat/call melalui yahoo messenger ataupun menggunakan Skype. So, anda harus ada account yahoo messenger atau Skype. Yang paling penting anda harus download dan install software "TeamViewer". (Download teamviewer sekarang) Software ini akan memberi kebenaran kepada saya untuk access masuk ke PC anda menerusi pengenalan IP teamviewer dan juga password semasa. (Apa pon pastikan komputer anda bersih dari segala virus. Tak pasal nanti berjangkit kat PC saya plak)


Note: Saya boleh access masuk apabila PC anda ON program Teamviewer dan berikan laluan IP dan password semasa kpd saya. Selepas itu apabila anda close program tersebut, maka saya tidak lagi boleh access masuk PC anda. Maka untuk next session saya memerlukan password semasa yang lain dari anda. Harap jelas tentang konsep saya access masuk PC anda (ia hanya dibenarkan bilamasa anda membenarkan saya access masuk)

Diantara perkara atau kandungan pelajaran adalah seperti berikut. So yang mana saudara/i dah faham, maka boleh lah kita langkau :


1. Install dan download Program FOREX (MetaTrader4)


2. Pembukaan demo akaun
3. Penggunaaan MetaTrader4 (Open & Close Order, Trailing Stop, Set Stop Loss, Set Take Profit, Change main password dan lain2)
4. Cara masukkan dan menggunakan Indicator, Script, EA, template dan lain2
5. Last Sekali: Saya juga akan share teknik dan cara saya trading sekarang dan saya akan berikan indicator yang saya gunakan


Dijangka tempoh kelas, boleh selesai dalam masa 1-2 jam sahaja. Yang berminat boleh lah set masa dengan saya terlebih dahulu. Sila lihat jadual dibawah untuk booking masa. Sila isi web form dilaman blog saya dan nyatakan tarikh dan masa untuk anda booking.


Note: Ramai newbie yang datang nak belajar, masih lagi tak install YM/Skype. Dan lebih teruk lagi, tak install pun software team viewer. Pleaseeeee, sebelum bermula kelas online, u all sepatutnya dah ready dan dah install software ni. So perjalanan kelas lebih cepat dan smooth. Kalau takder MIC & Speaker, tu pergi la beli kat kedai, berapa ringgit jer...murah jer. saya tak leh nak terangkan semua benda melalui menulis di YM, penyampaian saya akan lambat dan anda akan susah utk faham. Saya tak akan layan customer yang tidak ada kemudahan dan keperluan yang saya perlukan diatas

Pertanyaan @ Pendaftaran Account: Info will be sent to my email

*
*
*
*
*
contact form faq verification image

Contact form powered by 123ContactForm